
Memang ramai yang tahu membeli minyak wangi, tapi berapa ramaikah yang tahu mengguna & memakainya dengan cara yang betul ? Kebiasaannya lelaki atau wanita umumnya akan menyembur minyak wangi ke baju tanpa mengetahui bahawa cara begini adalah salah kerana bukan sahaja akan merosakkan bau minyak tersebut (kerana bercampur dengan bau pelembut kain atau wangian cucian sabun) tetapi juga merugikan kuantiti minyak wangi tersebut kerana perlu menggunakannya dengan kuantiti yang banyak untuk menghasilkan bau seperti yang dikehendaki.
Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi dengan anda cara
memakai perfume dengan cara yang betul dan dapat memastikan agar aroma
wangiannya kekal bertahan lebih lama. Berikut 11 petua yang anda boleh cuba dan
amalkan;
1) Guna Minyak
Wangi Sebelum Siap Berpakaian
Ada beberapa
sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama, minyak wangi boleh
mengotorkan pakaian. Kedua, jika kita menggunakan minyak wangi secara terus
pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab
itu, bauan wangi akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya.
2) Lembapkan
Kulit Sebelum Menggunakan Minyak Wangi
Kajian
saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak,
berbanding kulit kering. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu
masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan
bau minyak wangi lebih lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering,
lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum
menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.
3) Gunakan Selepas
Mandi
Selepas mandi adalah masa yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi. Ini kerana anggota badan kita telah bersih daripada sebarang bau lain yang mungkin tidak menyenangkan sebelum kita mandi. Keadaan kulit yang bersih dan lembap selepas mandi membantu minyak wangi untuk bertindak dengan lebih berkesan dan optimum. Kesannya, ia akan bertahan lebih lama dan aromanya lebih segar.
4) Suhu &
Keadaan Persekitaran Yang Normal
Sebaiknya
anda berada di dalam bilik yang bersuhu normal (suhu bilik). Sekiranya ada
kipas atau penghawa dingin yang terbuka pastikan anda tidak menyembur minyak
wangi dalam keadaan anda berada di hadapan kipas atau penghawa dingin tersebut.
Ini bagi mengelakkan minyak wangi yang disembur tadi daripada tidak mengenai
badan anda.
5) Guna 1 Jenis
Minyak Wangi Sahaja Pada Satu Masa Yang Sama
Setiap minyak wangi mempunyai aroma & kelebihan baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.
6) Sembur, Bukannya
Menggosok
Sangat tak
digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh
menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi
berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm
daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata
pada badan.
7) Di Mana Perlu
Menyembur Minyak Wangi?
Tempat yang
terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan.
kita disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga,
pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara
ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.
8) Semburkan
Sedikit Minyak Wangi Pada Sikat Rambut
Jika anda
mahukan bau minyak wangi bertahan lebih lama, semburkan sedikit minyak wangi
pada sikat rambut anda dan gunakannya untuk menyikat rambut anda secara lembut.
Dengan cara ini, setiap kali anda bergerak atau berjalan melepasi seseorang,
bauan yang indah dan wangi turut disebarkan.
9) Waktu
Terbaik Menggunakan Minyak Wangi
Untuk
memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, sapukan perfume
paling kurang 30 minit sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak
wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
10) Jangan
Gunakan Minyak Wangi Sebelum Membonceng Motosikal
Sekiranya
anda bergerak dengan menggunakan motosikal, sebaiknya jangan sembur dahulu
minyak wangi anda. Ini kerana faktor "angin kuat" semasa membonceng
motosikal selalunya akan menyebabkan aroma minyak wangi anda hilang ketika anda
membonceng motosikal. Sebaiknya anda sembur minyak wangi selepas anda sampai ke
destinasi yang dituju.
Adalah
dicadangkan supaya anda membawa minyak wangi yang disimpan dalam botol kecil
bagi memudahkan anda menggunakannya di luar rumah.
11) Simpan Wangian
Di Tempat Yang Betul
Lindungi
minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya
ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara
langsung. Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol
semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak
balas kimia dengan udara.
Selamat
mencuba!